Tuesday, November 24, 2015

ulasan ringkas buku yg baru aku beli



1) Trust No One - Gray D. Jerry - 2015

Jerry D. Gray nama yg tidak asing di nusantara, beliau banyak menghasilkan buku2 mengenai konspirasi ode baru dunia. buku ni adalah yg terbaru. Seperti tagline-nya 'Jangan Percaya Sesiapa dan Persoal Segalanya', kali ini beliau banyak mempersoalkan tentang laporan2 media mengenai misteri MH370, bencana gempa bumi, tsunami, kawalan populasi, senjata HAARP, racun produk tenusu, toksik vaksin dll. buku ini setebal lebih 250 muka surat. sebenarnya aku belom abis baca abis lagi buku ni (gayanya lebih kurang saja dengan buku2 beliau sebelum ini) tapi aku sangat syorkan buku ni kepada semua, tolonglah hati2 apa2 yang anda dengar, lihat dan apa2 yg masuk ke dalam tubuh badan anda. mereka serang kita dari semua sudut.

2) Allah Loves Me - Gray D. Jerry - 2015

memandangkan aku beli semua buku mengenai kesihatan dan konspirasi tulisan Jerry D. Gray jadi buku ini adalah wajib kerana buku ini mengenai sejarah dan pengalaman hidup Jerry D. Gray sendiri. tagline-nya 'The Story of an American Reverted Muslim'. belom baca lagi buku ni, baru belek2 saja tapi buku ni memang wow! sangat2 menarik, tak sabar nak baca semua. dibesarkan di Iowa, pengalaman spiritual, menjadi tentera udara us, menjadi muslim, menunaikan haji, pengalaman merantau, berkerja di stesen tv di Indonesia dan macam2 lagi. tebalnya lebih 350 muka surat dan banyak gambar.

3) Ilmu Perbandingan Agama: Suatu Pengenalan - Ghazali Bin Basri - 2014

aku memang suka baca buku berat dan aku curious dengan pelbagai agama lain. bila aku nampak saja buku ni di MPH aku terus belek2 dan berkata dalam hati 'yes this is what I'm looking for'. tebal buku ni 150 lebih je tapi buku ni sangat bagus!

4) Jijik - Raja Azmi - 1999

buku ni aku beli kat Amcorp dgn harga RM5. tak tahulah ini buku katogeri novel ke apa, penulisan-nya mengenai rasa 'jijik'nya beliau, bercerita pengalaman atau pendapat suaminya, rakan2, pelajar2 dll terhadap buku 'Shit' Shahnon Ahmad yang menjadi fenomena pada tahun 1999 dulu. aku memang tak ambil tahu sangat pasal penulis ni dan tak minat novel atau filem melayu yang lemau. aku tahu dulu dia ni memang popular dengan novel 'Black Widow' (1993) dan novel 'Cinta 200 Ela' (1999) yang difilemkan, tapi ni la pertama kali aku miliki dan baca buku beliau. sekali baca terus 'hook', mungkin lepas ni aku kena pulak cari novel 'Black Widow' tu hehehe...

Wednesday, November 18, 2015

Sunday, November 15, 2015

Christcrusher 'Bad Vibes' 2015


kaset edisi Malaysia dirilis oleh grindplanetdistro. Christ Crusher ialah band grindcore dari Melbourne, Australia.

Thursday, November 12, 2015

kaset kompilasi



Eastern Invasion (1997)
Storm of Nebiula II (1997)
Brutal All Star Tribute to Search (1999)
From Heaven To Hell The Ultimate Metal Collection (1998)
The Sound Of Brickfields Live (1999)
Panggilan Pulau Puaka I (1998)
Panggilan Pulau Puaka II (1999)
Ipoh's Metal Militant Supremacist (1998)
Ultra Violence Compilation (2000)
Sengatan Selatan (2002)

Monday, November 9, 2015

ralat


pagi ni aku online dgn pc kokak ku dgn internet yg agak slow... aku cuba nak aktif dan masukkan 'labels'.. tiba2 blog aku jadi gila dgn terupdate post yg lama dan komennya pun hilang terus... mungkin aku berdengung lebih sampai tersalah klik atau...wtf... shit happen.

Dark Tranquillity 'Projector' 1999 lp & tape



goth-rock groovy riff-oriented atmospheric melancholy Depeche Mode Gothenburg melodic death metal jiwang with highest standard of musicianship most experimental and creative art plus 2 'goth' ballad “Auctioned” and “Day to End” plus “UnDo Control“ with vokal pompuan sweet abis prove that “Projector“ is Dark Tranquillity's unique treasures masterpiece.

*****

"The Spaghetti Incident?"







Rindu Menghiasi Kamar Cinta (1994)



(gile berbunga-bunga blog aku!!!)




"Saya tidak dapat berbohong bahawa Sharifah Aini adalah antara penyanyi Melayu terbilang yang mampu mendodoi hingga ke tidur saya..."
~Saniboey~









M. Nasir 'Saudagar Mimpi' 1992 kaset





Wednesday, November 4, 2015

Suede 'Coming Up' 1996



Suede (atau dikenali sebagai 'The London Suede' di USA) adalah band Britpop/glam rock/Alternative rock dari London England. Coming Up ialah album ke-3 mereka yg dirilis pada 1996. layan...


Tuesday, November 3, 2015

Silent Death 'Break The Silence' 1997



inilah rilisan paling padu dari lagenda death metal tanahair Silent Death! songwriting dan kualiti rakamannya tahap antarabangsa! 3 lagu baru 'Armageddon', 'Morbid Massacre' & 'Die From Agony'.. dan 2 lagu rakaman semula (dari album Before the Sunrise) 'Preacher Of The Dark' & 'Dying Moment'. masa ni Silent Death diangitai oleh Stone (vox, guitar), As (Bass, vox) dan Ollie (drums). dirilis pada 1997 oleh label lagenda PSE (Psychic Scream Entertainment). layan...